Begitu lah pengorbanan seorang suami....banyak pengorbanan yang dilakukan tampa bebelan di mulutnya....suami ku bukan sahaja menjadi seorang suami dan bapa...tapi juga kadang-kadang dia jugala memikul tugasan sebagai seorang isteri....kadang-kadang suami ku sanggup berjaga malam untuk menyediakan susu buat si anak...kalau si anak buat hal merengek mahu didodoikan...sang bapa akan bersedia bila2 masa sahaja untuk bersama si anak...sungguhpun kadang-kadang dapat kurasakan suamiku sangat terbeban dengan tugasan dan comittment di tempat kerja malah lebih lagi....tapi seboleh-bolehnya dia tidak akan berkira untuk membantuku membuat kerja-kerja rumah...jelas terpancar keikhlasan dan kasih sayang , lebih-lebih lagi di saat aku mengandungkan zurianya...saat nan indah yang x mungkin ku lupakan...semua benda nak di tolongnya...cakap pun ibarat bak selembut sutera...
Begitulah yang dilakukan setiap hari.
tiada kata seindah senyuman. tiada manis seindah kelembutan. tiada ketenangan seindah bacaan Al-Quran..
Terima Kasih suamiku. Mudahan Allah memberkati diri mu.
Bukan mudah menjadi suami,
Harus bertanggungjawab terhadap keluarga,
Ibu dan juga isteri,
membahagiakan mereka berdua,
mentaati ibu dan juga menjaga hati isteri,
Bukan mudah menjadi suami,
harus mendidik isteri dan anak anak ke jalan ALLAH,
memberi makan isteri dan anak anak dari jalan yang halal,
memperlakukan isteri dengan sabar dan ikhlas,
harus memimpin rumahtangga dengan kebijaksanaan dan ukan perasaan,
Bukan mudah menjadi suami,
jangan bermimpi beristeri ramai,
jikalau satu pun tidak mampu di jaga dan di didik dengan sempurna,
apatah lagi di tambah dengan dua atau tiga,
Begitulah sang suami,
fahamilah tanggungjawabnya,
yang diamanahkan semasa kita menjawab akad untuk seorang wanita,
fahamilah amanahnya,
yang diberikan oleh ALLAh kepada dirinya.
-