Sayang anak-anak mama, kakak & adik ini untuk kamu baca dewasa kelak..tiada apa yang mama ada untuk ditinggalkan ...hanya secebis kenangan buat bekalan ..buat papa...terima kasih diatas segala pengorbanan mu yang tidak terhingga...hanya Allah yang akan membalas semua jerih perihmu mengharungi hidup bersama kami....Terima kasih pada Allah atas pertemuan ini...Terima kasih untuk cinta yang teristimewa ini....Semoga cinta ini akan sekali lagi dipertemukan Di Jannahmu Ya Allah.
Please note that this is a private website.

All content in the website is strictly belong to site owner (nh.razali).
Any ideas and issues brought in the website are based on site owner personal point of view and could not be threat as an official statement.

Saturday, November 6, 2010

sifat terpelihara ku baik & buruk ya.. : )



Kat sini aku nak kongsi bersama beberapa sifat ku yang baik mahu pun buruk...hihi ...sajer jer nak bagi org lain tahu...biarla mereka dapat mengenali diri ini dgn lebih dekat lagi...ada yang selalu mengatakan yang aku ni agak sombong untuk didekati tapi ianya sememangnya cukup tidak benar sama sekali...aku adalah yang sebaliknya! selepas berkawan dgn aku barulah mereka mengatakan yang aku ni GILA orangnya....! Jom kita tgk aper kebende sifat2 aku yang terpuji & ter tut-tut tu sikit:

15. PEKARA PASAL AKU


  1. Aku ni mmg la tersangat pemurah ...susah la aku nak tgk org lain susah esp budak kecik & org tua...insyalllah klu ader rejki lebih cepat je aku menbantu

  2. Sangat suka melepakkan diri dn kawan-kawan baik aku...sumernya ada 4 org yang kepalanya gila2 macam aku jugak anne,noy& sua u all always in my heart! kita gelak sampai semput and x henat duania babes!

  3. Sangat sayang kan suami,anak2,mak,ayah & adik beradik..family women

  4. Love cooking...esp yang related to favo food..x kisahlah sesaper asalkan keluarga aku...

  5. Suker campak henset merata2..spi selalu x hengat kat mana aku letak ...selalu miscall phone sendiri

  6. Tak suke top up handset...sebab boleh buat call dr tempat kje...nak pakai bill takut over used la pulak camner tuh?

  7. Ada bantal busuk dari newborn sampai la sekarang....bantal tuh buat tutup mata aku...colour dah x tau la warna aper...tapi bau pasti ada..

  8. Sangat sayangkan FB and Blog aku niey...klu la satu hari nanti 2-2 ni kne blog mesti nangis gila x hengat punya sebab aku selalunya x simpan softcopy pic aku..

  9. Suke korek idong bile preggy...tak tau la kenapa? rasa mcm bijih timah ni makin menjadi2 progressionnya..makin korek makin banyak la pulak...hihi

  10. Klu tgh beron mesti nak bukak air kuat2..ala2 layang lagu gituh

  11. Suker tidor berpaling belakang org lain a.k.a kne pelok la konon...x kira la hubby or my kiddos ...rase cam ader yg protect la..

  12. Sangat susah nak ingat no..percaya x untuk ingat seseorg punya no phone aku kne amik masa berbulan2...termasuk la no diri sendiri

  13. Pelupa!

  14. Suke hubby cium telinga! wow statment ada bran!

  15. Sangat suker makan apa saja dari air tangan ibu ku....ikan bilis goreng + kicap pun dah rasa mcm SYURGA....air masak umah mak pon rase sedap cam minum air rebina..haha

Suami mithali idaman isteri

 


Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua – disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.
Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.
Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu.
Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah
.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah.
Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.