Nur Qaseh Qadeeja,
Cahaya hati mama,
Kini adik susah besar,
Setiap hari adik belajar benda baru,
Adik dah tidak mahu duduk diam lagi,
Dari pagi sehingga lah ke petang,
tiap saat adik berlari..
Bila penat adik menangis,
Merengek-rengek meminta simpati,
Mahu di belai juga didukungi,
Mama pun terus dakapi...
Buaian dan susu sebagai pengubat,
Di kala adik memerlukan sahabat..
Kakak cemburu menjeling hebat
Sebab rindunya dah kurang terubat...
"Dodoilah dodoi....adik jangan menangis...
Pejamkan lah matamu sayang
Tenanglah kau dalam buaian
Pejamkanlah matamu sayang
Tenanglah kau dalam endoian..."
Sambil satu lagi tangan mama menepuk kakak di ribaan.....
"Dodoilah dodoi .....kakak jangan menagis...
Pejamkanlah matamu sayang
Tenanglah kau dakapan
Pejamkan lah mata mu sayang
Tenanglah kau dalam ribaan..."
Suara mama jadi dodoian....nanti jika bila mama sudah tiada lagi.....dodoikan lah mama dengan Al-Quran yer sayang....
nh.razali