Sayang anak-anak mama, kakak & adik ini untuk kamu baca dewasa kelak..tiada apa yang mama ada untuk ditinggalkan ...hanya secebis kenangan buat bekalan ..buat papa...terima kasih diatas segala pengorbanan mu yang tidak terhingga...hanya Allah yang akan membalas semua jerih perihmu mengharungi hidup bersama kami....Terima kasih pada Allah atas pertemuan ini...Terima kasih untuk cinta yang teristimewa ini....Semoga cinta ini akan sekali lagi dipertemukan Di Jannahmu Ya Allah.
Please note that this is a private website.

All content in the website is strictly belong to site owner (nh.razali).
Any ideas and issues brought in the website are based on site owner personal point of view and could not be threat as an official statement.
Showing posts with label Sekadar Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Sekadar Luahan Hati. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

Kita bersabar ya papa


Papa,
Hari ini hari tersangat tensi buat mama
Cukup tersentuh dengan segelintir masyarakat yang terlalu mementingkan diri sendiri
Yang mudah melupakan diri dan tidak memikirkan insan yang lain

Lupakah mereka yang Rezeki yang tuhan beri sepatutnya perlu dikongsi bersama dengan insan yang turut memerlukan?
Lupakah mereka setiap yang dimiliki itu, datangnya dari Illahi?

Kalau nanti mereka pulak ditempat kita,
dan jika diizinkan tuhan kita berada diatas seperti mereka…
tolong jangan lupa untuk ingatkan mama supaya tidak alpa dan jadi seperti mereka..

Tak mengapa …kita masih lagi ada harga diri…
Tidak akan sesekali akan terus ditindas oleh insan yang tidak berperi…
Insyaallah doa kepada Allah adalah senjata diri buat kita
Jika Kufayakun dariNya ….Insyaallah segalanya tiada yang mustahil ...semua bisa terjadi!

Kita bersabar ya papa…sikit hari jer lagi…insyaallah
Walau apa pun terjadi, kita tetap akan bersama….

Sesungguhnya segala ini adalah dugaan yang hinggap sekadar untuk menguji…
Menguji sejauh mana ketabahan kita, ketakwaan kita
Dengan ujian ini jaga ikatan kasih sayang  mungkin akan bertambah erat kan?
Sabar yer sayang...

Pada mereka yang terasa..tidak perlu terus membangga...kerana harta dunia cumalah sementara okeyh!




Mereka akan terus manjadi pembakar semangat kita berdua kan?














nh.razali

Wednesday, January 19, 2011

Maafkan mama

Sayang anak-anak mama,

Mama mintak maaf sangat...sebab mama ni sangat la berkeras....
Mama hiraukan segala permintaan kamu berdua...
Mama degil nak bagi pada kamu
Mama tau...kamu memang tak tahu apa-apa....biasalah kamu berdua masih lagi kecil....
Tapi mama sedih
Bila tengok anak orang lain makan
Tapi kamu mama tak belikan

Keropok tu banyak perisa tiruan la sayang........

Tak elok...nanti sakit
Mama & papa jugak yang susah nanti
Bukaknya susah apa...kami akan susah hati
Bila kamu tengok budak lain makan , kamu mesi hendak
Bila mama cakap tak boleh pasti kamu menangis
Mama memang kesian ...tapi apa yang mama bisa lakukan....sekadar pejamkan mata dan tutupkan telinga...
TAPI mama tahu...
Kamu berdua curik mamam kan ? dan mama tahu kat mana
Di rumah nenek & atok...

ishkkkkk ni yang mama marah ni...




Saya memang seorang ibu yang tegar dari segi makanan anak saya especially keropok-mopok ni....

saya sedar dulu masa saya kecik-kecik pun saya lah orang pertama yang terkedek-kedek bila babu roti datang kat jalan umah saya.....

tapi itu dulu...masa saya tiada kesedaran diri....selepas besar kini saya sedari yang makanan tu tinggi bahan perisa yang d perbuat daripada barang-barang tiruan...jadi saya tidak mahu melihat anak saya sakit....

Mama lebih rela mendengar kamu menangis....tapi kadang-kadang mama pun kebosanan juga jadik mama pun terpaksa lah beli yang ini.....





atau yang ini

Mama pikir adalah lebih baik jika kamu makan 









kalo x pun ....makan jer yang ni




Paling tak pun....kamu hadap jer la
 Sebab since tok ayah chu kamu kerja kat kilang ice cream tuh...peti ais mama penih ngan ice creammmmmm jerk .....jadi x yah nak ngengader nak makan cikedis lagik okeh?




nh.razali

Friday, December 24, 2010

Tak pening lagi

Best sangat 2 hari ni...saya rase macam just started my life back! kehidupan baru bermula....dah dekat stayed dekat dengan rumah emak senang sikit nak manage kiddos...kalau tak memang susah sangat nak hantar and pick them up daily....adus...itu dulu but nowdays dah tak payah dah nak pening - pening pikir semua tu....aper susah pakai selipa x payah isi minyak and bayar tol ....setapak dua dah sampai....maner tak nyer duduk pun satu lorong...hihi..short cut!

haha buakan nyer aper saya pun buleh ler amik kesempatan tak yah selalu2 masak sebab buleh makan dekat umah mak....culup bulan bayar bil...tapi tak jugak tuan besar saya kuat nafsu nyer....bukan nafsu aper2 tau tapi nafsu suker makan ...kalau makan memang dah tak pandang orang belakang dah...mak metua lalu pun sadakalloh hul azim ajer la yer bang......

Jom kiter layan aper yang saya masak arituh....

 ikan bakar and air asam

 sayur campur dengan sotong

 kari daging

 sotong goreng kunyit

muffin


bread butter and pudding


Pastuh korang nak tau aper yang jadik kat tuan besar? scroll down bawah ni


^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
tara......


 bersantai korang yer....dah puas makan...abih mama yang kene kemas dapur sorang-sorang la ni yer?






nh.razali

Friday, November 5, 2010

Cinta pertama...cinta monyet & kekuatan cinta itu..


Menurut para ilmuwan, cinta pertama yang sudah tertanam tak bisa dihapuskan dari ingatan. Kenangan cinta pertama bisa membuat orang yang mengalami ketagihan lebih kuat dibandingkan narkoba jenis apa pun. Banyak orang dewasa tidak berdaya menahan jatuh cinta lagi kepada dambaan hatinya semasa kecil.


Jadi, jika si mantan adalah cinta pertama pasangan Anda, tak perlu buang-buang energi dan berharap si dia bisa melupakan perempuan itu. Justru yang perlu Anda lakukan adalah membuat pertemuan kembali pasangan dan mantannya tak pernah terjadi.


Cinta Pertama ... pernahkah anda mengalaminya? Aku yakin, semua orang pernah ada kenangan terhadap cinta pertama. Apakah definisi cinta pertama kepada anda?

Bagi aku, memang indah jika ada perasaan cinta itu menyelinap dan terus menyusup ke dalam kalbu. Memang sempurna hidup kita jika warna-warna cinta menghiasi di jiwa. Namun, tidak semua yang kita impikan, akan menjadi kenyataan. Kadang-kadang dalam keasyikkan menyimpul buih-buih cinta, tiada siapa menduga badai yang menjelma sehingga buih-buih itu berterbangan dan terus lenyap. Kadang-kadang, siapa yang menduga hujan juga mampu turun di tengah hari walaupun cuaca terang-benderang.

Definisi peribadi terhadap cinta pertama – bagi aku cinta pertama adalah laluan hati untuk kita merasai apa itu erti cinta yang sebenarnya. Laluan bagi jiwa untuk mengundang rasa rindu dan laluan bagi kalbu untuk menyimpul bunga-bunga bahagia. Namun, tidak semua cinta pertama akan berakhir hingga ke jinjang pelamin. Alangkah indahnya jika cinta pertama itu berjaya hingga ke jinjang pelamin. Alangkah beruntungnya mereka yang berjaya membawa cinta pertama sehingga ke jinjang pelamin. Namun, itulah hakikat kehidupan ... tidak semuanya indah-indah belaka.

Cinta Pertama juga tidak semestinya cinta sejati kepada seseorang insan itu. Mungkin cinta sejatinya berada pada insan lain namun jika kita tidak membuka pintu hati kita kepada insan itu, bagaimana cinta sejati yang kita dambakan akan hadir untuk menghuni diri kita. Aku akui, sememangnya tidak mudah untuk melupakan cinta pertama. Kadang-kadang, kita masih terkenangkannya walaupun cinta pertama itu sebenarnya amat menyakitkan hati. Kadang-kadang, cinta pertama tidak boleh dibanggakan kerana ia mampu merobek dan mencalar jiwa yang suci. Namun, kadang-kadang aku terfikir, kenapa harus wujudkan perasaan cinta itu di dalam diri sedangkan dia tidak tercipta untuk kita. Adakah untuk kita merasai apa ertinya rindu kemudian diberikan pula kita merasai apa ertinya kecewa. 3 in 1, itulah selayak-layaknya untuk aku mencampurkan kesemua perasaan ini jika cinta kita kecundang di pertengahan jalan.

Pernahkah anda terfikir, kenapa masih ramai yang membujang walaupun usia sudah menghampiri ke penghujung senja (Sama ada lelaki ataupun wanita). Jangan menuduh sembarangan tanpa asas yang kejap. Memilih ... harus memilih agar jiwa tidak tercalar namun yang penting, pernahkah anda sedar bahawa cinta pertamalah merupakan punca utamanya ramai yang memilih hidup membujang. Kadang-kadang, insan takut untuk mengundang cinta itu lagi untuk bertahkta di sanubarinya kerana takut kecewa menghiasai rumah jiwanya semula. Memang sukar untuk membentuk rumah jiwa jika kecewa sudah menghiasi di dalamnya. Kadang-kadang ia mengambil masa bertahun untuk mengubati parah yang hadir. Namun, sampai bila kita harus mengenang cinta pertama jika ia amat menyakitkan? Sampai bila kita hendak menutup pintu hati kepada mereka yang layak bertahkta di dalamnya? Sampai bila kita hendak dingin pada perasaan cinta sedangkan naluri kita amat memerlukannya untuk mengisi kekosongan di dalam jiwa. Sampai bila kita harus menyendiri jika kita tak pernah memberi peluang untuk mengundang cinta sejati? Kadang-kadang, cinta hati kita berada hampir dengan kita Cuma kita yang tidak perasaan kerana terlalu taksub dengan cinta pertama yang menyakitkan hati itu sehingga kita terlepas cinta sejati. Kita harus membuka mata untuk melihat cinta sejati kita agar kita tidak menyesal di kemudian hari sekiranya cinta sejati itu juga terlepas daripada genggaman kita.

Apabila membaca novel cinta, aku terfikir sendiri ... alangkah bahagianya mereka yang telah dipertemukan jodoh masing-masing walaupun banyak rintangan yang terpaksa ditempuhi sedangkan hakikat kehidupan yang sebenarnya tidaklah semudah seperti perjalanan cerita di dalam novel. Oleh itu, anda harus bersyukur jika anda telah dipertemukan jodoh dan hargailah pasangan masing-masing kerana bagi sesetengah insan, tidak mudah untuk bertemu jodoh dan tidak mudah untuk menyerah hati untuk dimiliki.

Kesimpulan yang dapat aku simpulkan disini, kadang-kadang cinta pertama membuatkan seseorang itu hilang kepercayaan kepada lelaki/wanita sehingga keraguan sentiasa timbul di hati mereka untuk mengecapi bahagia. Kadang-kadang mereka sanggup membujang hingga ke akhir hayat gara-gara cinta pertama yang menyakitkan hati. Walau apa pun situasi cinta yang anda alami, satu yang aku harap – hargailah cinta yang hadir kerana sekali ia pergi, susah untuk mengundangnya semula ...

Dan jika anda suka pada seseorang itu, luahkannya agar dia juga tidak terlepas ke dalam tangan orang lain. Kita harus mengambil risiko terluka jika kita cintakan seseorang itu kerana jika kita hanya memendamkannya, mungkin si dia yang menjadi dambaan hati juga akan berlalu pergi .... Alangkah ruginya selepas dia dimiliki baru kita tahu bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan kita, hanya kerana kita terlambat, dia menjadi bunga larangan di jambangan orang.

Walaupun suamiku bukanlah cinta pertama ku...namun aku tetap bahagia dah lebih bahagia daripada sebelumnya....ku rasakan dialah cinta yang terulung dihati ini...bagus juga dia tidak menjadi yang pertama kerana kalaulah dia pastinya aku x punya kebahagiaan seperti kini....

Di sebabkan cinta pertama ku putus di tengah jalan dulu..."si cepeot "
tu ader la tujukan lagu ni khasssss untuk aku....bila dengar lagu ini ku rasakan terkena sungguh..!
Ape lagi..silalah layankan perasaan anda..

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku dalam menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Di malam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayang kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu...

Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna sejak dari mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Oh... oh... oh



Thursday, October 28, 2010

I did something quite nasty recently... by being blunt. I'm normally a tactful person. I mean well, trying to be respectful and all but at the same time, I feel so stressed out. So a couple of days ago I told myself enough is enough. No more being miss nice girl. I wrote everything on a piece of paper and told this person exactly what I felt. It was direct and to the point. I didn't care if that person hates me forever... but it sure felt good to finally tell someone off. I don't feel agitated anymore. I feel empowered! LOL!

For me, I would rather a person be honest with me (even though it hurts) rather than say nice things but say all kinds of nasty things behind my back. If we have issues with someone, we should face that with him/her.