"Polikarbonat Bisophenol A"
adalah selamat untuk digunakan dan sangat berisiko tinggi terutamanya kepada bayi dan kanak-kanak....dan kerajaan pun dah memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi (BPA),berkuat kuasa 1 Mac 2012 ni. Tapi naper nak tunggu taun depan? Ye lah sebagai persedian mungkin...
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar ...memang bahaya sebab ianya boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi....ishkkk takut nya...mintaklah di jauhkan segala yang tak baik...sebab saya pon ader jugak gunakan botol yang jenis canggituh...tapi nasib baik la setakat 1-2 bijik jer...
Tapi since botol -botol BP free ni agak mahal...ader jugak parents yang kurang berkemampuan untuk memilikinya...tapi jika anda sayang pada anak anda apalah salahnya kan?...sedangkan pampers yang mahal lagikan boleh beli inikan pulak botol susu yang sah-sah akan dipakai lama...so pejamkan lah mata anda sekejap yer...
Alhamdullillah nasib baik la kiddos saya pakai Event ever since lahir...so tak yah la mama fenin-fenin nak tukar...hehe
Ciri-ciri botol susu bayi adalah "BPA Free" - susulan pengharaman botol BPA oleh kerajaan Malaysia
Kerajaan telah memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi “Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.
Oleh itu, pasti ramai ibu2 diluar sana yang begitu ingin tahu ciri2 botol susu bayi yang bebas “Bisphenol A” (BPA free) - Sumber Kementerian Kesihatan
a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat (BPA)
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Kebiasaanya ada label PC dan 7 |
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA. Pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
nh.razali