Engkaulah permata hati
Mendidik dan mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci
Sungguh murni hati ibu
Menenpuh onak nan berliku
Tanpa ibu siapalah kita semua ni, bagi mama sehebat mana individu tu tapi kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu.
Setelah merasa sendiri jerih perih menjadi seorang ibu, baru kini mama rasakan betapa mulianya hati seorang ibu ....
Sebenarnya terlalu banyak pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu....bila dah jadi seorang ibu ni barulah mamafaham susah payah, jerih perih seorang ibu dalam menjaga dan membesarkan anak-anak....
Ada 3 perkara yang HANYA dapat dilakukan oleh seorang ibu iaitu mengandung, melahir dan menyusukan anak....sungguh besar pengorbanan seorang ibu.....rutin seharian seorang ibu tak pernah habis bermula dari awal pagi sehingga ke tengah malam....pengalaman ni takkan dapat dibeli dengan wang ringgit....
Sekarang tidur mama tidak lagi senyenyak dulu...terpaksa bangun beberapa kali untuk menyusukan anakanda QQ's....kemudian bangun awal-awal pagi untuk bersiap pergi kerja...siapkan diri, siapkan beg kalau malam tadi tak sempat siapkan, hantar anakanda berdua ke umah nenek, dan kemudian melakukan kerja harian di ofis.....
Petang balik kerja ambil anakanda kat uamh nenek, mandikan kalian (kalau belum mandi), masak , sidai kain...tengah-tengah malam pon tetap sidai tau..cuci botol-botol susu, makan, tidurkan anakanda sambil terkadang mama pun terlelap bersama.....
Macam ni la rutin harian hidup mama dan mungkin semua ibu di dunia ni...bukan mengeluh, tapi sekadar meluahkan...malah bila difikir balik, inilah nikmatnya jadi seorang ibu....terima kasih juga buat suami tersayang yang banyak membantu buat kerja rumah....kalau nak harapkan mama sorang, memang tak menang tanganlah jawabnyer....
Mama akui mama memang seorang lemah....syukur pada Allah kerana memberikan mama seorang suami yang ringan tulang (walaupun kadang-kadang nak kena suruh baru buat).....huhu....
Bagi mama setiap hari adalah hari ibu!! dan setiap detik mereka perlu dihargai..eceh!
Buat ibunda Mahani Bt. Mohd Nawi dan ibunda mertuaku Hajah Siti Zain Bt. Ismail,
Engkau adalah ratu di hati kami.....sesungguhnya hanya Allah swt apa yang mampu membalas segala jasamu....
ibu mithali hajah siti zain |
ibunda mahani bersama wajah-wajah suci ibu dan bakal ibu...insyaallah... |
nh.razali