Kadang-kadang mama rasakan amatlah penat. Dahlah dengan komitmen dekat tempat kerja di sambut pulak dengan task-task kat rumah yang sukar memberikan ruang untuk mama berehat...:(
Tapi bila semua kerja dapat mama langsaikan....perasaan puas yang amat sangat tu jelas sekali membuatkan mama asa sungguh indahnya hidup ini...:)
Bila direnungkan dan dimuhasabahkan kembali setiap sesuatu kejadian itu, hati kita pasti tenang dan redha bahawa Allah SWT yang mempunyai perancangan terbaik untuk setiap hambaNya.
Ya...itu pasti!
Arini mood mama memang tidak lah begitu baik sekali....penat-penat mama bangun pagi-pagi berkejar di dapur untuk menyiapkan makan buat seisi keluarga mama....tapi malang papa tak jamah pun walau sebutir nasi....sebenarnya papa merajuk sebab mama tadi marahkan dia parking basikal di depah pintu rumah...bukan apa pun tapi mungkin cara mama tegur papa menggunakan nada yang agak sedikit kasar itu yang agaknya membuatkan papa sedikit tersentap...maafkan mama papa...mama tak sengaja...mungkin mama terlalu letih! Nanti malam karang bila papa balik rumah insyaallah mama akan salam & cium tangan papa kembali....:) tanda ingin bedamai...
Buat diri ini yang sering terlupa, mama berdoa agar setiap titisan air mata yang pernah gugur dari mata ini agar ia akan menjadi saksi di sana nanti akan sebuah kehambaan diri ini untuk Tuhannya.
Agar ia akan menjadi saksi sebuah perasaan kerdil, lemah dan tak berdayanya seorang ibu yang mengharapkan sepenuh pergantungan dari Tuhannya.
Agar ia menjadi saksi akan betapa bersyukurnya diri ini akan segala nikmat yang dikurniakan Tuhan kepada diri serta keluarganya. Amin.
Wahai Tuhanku... Terimalah taubatku...!
Agar ia akan menjadi saksi sebuah perasaan kerdil, lemah dan tak berdayanya seorang ibu yang mengharapkan sepenuh pergantungan dari Tuhannya.
Agar ia menjadi saksi akan betapa bersyukurnya diri ini akan segala nikmat yang dikurniakan Tuhan kepada diri serta keluarganya. Amin.
Wahai Tuhanku... Terimalah taubatku...!
nh.razali