Allah bagi saya ayah,
Walaupun ayah tidak melahirkan saya.
Tapi separuh daripada diri saya berasal darinya..
Setelah lahir,ayahlah yang mengiqamatkan saya...
Ayah pastikan setelah saya lahir, saya mendengar laungan azan..Dan pujian terhadap Allah..
Semua tu atas rasa syukur ayah kerana dikurniakan seorang anak
Semasa saya bayi, ayah pun turut sama tidak tidur malam..
Apabila mak penat melayan keranah saya setiap hari,Ayah pun akan menjaga saya..
Ayah bekerja setiap hari....bersengkang mata..di marah bos...
Tapi ayah tak pernah merungut...
Balik kerja..ayah pasti akan mengawal kami adik beradik..
Walaupun ayah jarang bercakap..
Tapi ayah,tidak pernah mengeluh pasal kerja di hadapan kami
Jauh sekali mengucapkan perkataan '' tak cukup duit''
Selalunya jika anak-anaknya tidak cukup duit pasti ayah akan akan bertanya
Berapa yang tak cukup?
Lantas terus memberikan wang itu kepada kita tanpa banyak soal..
Kerana ayah percayakan anaknya....
Ayah pastikan segala keperluan rumah terjaga...
Walaupun dia terpaksa bekerja sehingga matanya merah kerana tidak cukup tidur.
Siang bekerja....malam pun sama..
Bila kami tertinggal bas ..dan tak dapat pergi ke sekolah..
Ayahlah yang akan memandukan kita ke sana..menaiki van telekom....
(tingat balik masa dulu...hai lawaknyer)
Mak dan ayah..sama2 mahukan yang terbaik untuk anaknya...
Sekarang ayah selalu sakit...
Dada ayah selalu berombak-ombak...
Tapi ayah tetap keras mencari rezeki
Ayah tanggungi seorang diri....
Mungkin dia tidak mahu anaknya risau barangkali...
Kuatnya ayah .....
tempuhi semua itu..
tempuhi semua itu..
Ayah terima kasih di atas segalanya...
Tiada apa yang dapat membalas jasamu....
Ya Allah Ya Tuhan ku...ampuni dosa ayahanda ku,
Berikan kesihatan yang baik buatnya...
Semoga keluarga kita kan bertemu di akhirat kelak....insyaallah