Wahai Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang,
kekalkanlah sifat Kasih dan SayangMu yang telah Kau campakkan dalam hati-hati kami,
cambahkan ia untuk kami terus hidup bersama berganding tangan tika kami riang gembira menikmati keindahan berkasih sayang,
atau tika kami jatuh rebah dalam menyulusuri hari-hari duka kami.
Dan juga moga dapat kami campakkan kasih sayang itu pada anak-anak kami moga mereka membesar dengan kasih sayangMu,
Add caption |
moga anak-anakku memahami bahawa mereka amat disayangi dan dicintai oleh mama dan papa mereka,
moga anak-anakku akan menjadi anak-anak yang bakal mendoakan kami bila kami pulang padaMu nanti,
moga anak-anakku juga akan membalas kasih sayang kami dengan menyayangi anak-anak mereka
dan generasi seterusnya hinggalah kami semua nanti disatukan di syurgaMu
insyaAllah...
Sesungguhnya tiada harta yang setanding nilainya dari anak-anakku ini...
nh.razali