Sayang anak-anak mama, kakak & adik ini untuk kamu baca dewasa kelak..tiada apa yang mama ada untuk ditinggalkan ...hanya secebis kenangan buat bekalan ..buat papa...terima kasih diatas segala pengorbanan mu yang tidak terhingga...hanya Allah yang akan membalas semua jerih perihmu mengharungi hidup bersama kami....Terima kasih pada Allah atas pertemuan ini...Terima kasih untuk cinta yang teristimewa ini....Semoga cinta ini akan sekali lagi dipertemukan Di Jannahmu Ya Allah.
Please note that this is a private website.

All content in the website is strictly belong to site owner (nh.razali).
Any ideas and issues brought in the website are based on site owner personal point of view and could not be threat as an official statement.
Showing posts with label tribute to mak. Show all posts
Showing posts with label tribute to mak. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Pengorbanan meraka


Tidak dinafikan kasih sayang seorang ibu & ayah mengatasi segala-galanya, 
tidak dapat dinilai emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.

Tidak hilang di hati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak walau sesaat,
kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan atau melelapkan mata kerana teringatkan anak dan ada ketikanya air mata jatuh berlinangan kerana terlalu merindui anak-anak. 



Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa kita,


Namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung itu. 
Berdasarkan pemerhatian saya, ada anak yang sanggup membuang dan menyisih ibu bapanya.

Mereka ini sanggup meninggalkan ibu bapa di rumah kebajikan atas alasan tidak sanggup melayan kerenah ibu bapa yang semakin tua. Sunnguh tidak berperi kemanusiaan..


Ya Allah Ya Tuhanku....
Jauhilah aku dan adik-adikku dari sifat yang tidak terpelihara seperti itu.....



Alhamdullillah...sungguhpun pada ketika ini saya bergaji kecil akan tetapi saya tahu jauh disudut hati , ibu dan ayah saya pasti mampu tersenyum dengan pemberian yang tidak seberapa besar ...

sedari saya mula menikmati duit sendiri .....saya tidak pernah akan lupa untuk berkongsi dengan mereka....walau sebulan sekali pun tidak pernah saya akan lupa....
Dan saya dapat rasakan yang setiap pemberian ikhlas itu telah digandakan dengan seribu keberkatan dari Allah swt....

Alhamdullilah...ini semua berkat mak & ayah yang ajarkan agar pandai membawa diri..supaya disenangi.

Sungguhpun hanya saya dan adik kedua sahaja yang bekerja.....namun kami tidak akan sesekali melupakan jasa kedua orang tua kami....insyaalah selagi saya diizinkan mencari rezeri oleh sang suami..akan ada bahagian yang sedia terbahagi buat mereka...

Semakin kami meningkat dewasa....semakin perasaan kasih & sayang ini kian mendalam...apatah lagi setelah kami juga bergelar ibu & ayah....
Tidak lagi seperi dahulu...keluarga tetap akan menjadi keutamaan...kemana-mana akan bersama...menghiburkan hati mereka dengan telatah cucu-cucu amat membahagiakan.....




Kini mak tak perlu lagi ....
berjalan kaki menunggu bas kilang seawal jam 6 pagi...
kerana menjaga cucu-cucu sudah mencukupi....
namun mak tetap pandai bawak diri...
makan dan pakai kami tetap sedia menanti...

Buat ayah juga tak susah..
Berkerah tenaga pengambil upah..
Hati gundah tak sabar nak balik umah...
Teringatkan cucu hati nan gelisah...
Tapi hati ayah sedia menanti ... 
Pulang malam tetap dinanti...








Firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukur kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu dan kepada Aku tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)



nh.razali

Wednesday, April 27, 2011

Saya sayang anda semua!!




Salah satu dari hari yang tak mungkin dapat kami lupakan...
apa lagi yang yang lebih bererti dari menggembirakan insan-insan yang tersayang di sampaing kita


Dengan sedikit kesempatan yang Allah beri ini, mama nak kongsikan saat suka bersama dengan mereka yang banyak bersusah senang bersama mama sejak dari kecil lagi...


Makzah, Acu dan terutamanya Mak.....sebagai tanda menghargai jasa mereka dan tanda betapa nilainya kasih sayang antara kita......segalanya akn terjawab didalam tangkapan-tangkapan dibawah.....


Scroll down & Let's enjoy!!


Makzah memulakan sebagai berkat kakak sulung



Sabar yer adik2



mak malu2



acu yang paling sporting!





disebabkan 2-2 mata potet...



tak yah la memalu papa oiii



indi band maner ni uh?



actually haku pon kurengggg nampak ponn!!....tgk anak dara haku tuh bukan main lagik!



anak nyanyi...cucu kemain lagi...nenek tangkap leleh.....huhu
Mak memang cam gituh...kalu dulu saya masuk karaoke mewakili sekolah memang mak jugaklah yang bersusah payah anta....danmak jugaklah yang akan menitikkan airmara kegumbiraan mase aku perform atas stage...adohaiiiiiii tangkap jiwang mak haku nih


kakak nak ikut jejak langkah mama ker nak oi?



a loverly couple...






budak kecik yang happiesttt of d night....ucuk acam ty yong
Muhammad Qarl Qael aka Maher Zain








Number 1, I know now what is appreciation. Without my mother and my aunt's, there would not the successful me today.

Number 2,  by working together and helping them, only I now realize how difficult and tough it is to get something done.

Number 3,  I have come to appreciate the importance and value of family relationship.



will always love my family!




nh.razali

Saturday, March 19, 2011

Happy Birthday mak... Thank you for being so thoughtful. May god will alyways bless u..


Mak ,

Masa orang berusia setahun, mak suapkan makanan dan mandikan orang…
orang balas dengan ucapan terima kasih dengan menangis sepanjang malam..

Masa orang  berusia dua tahun mak mengajak orang bermain..
orang balas dengan ucapan dengan terima kasih sambil ketawa terkekeh-kekeh..

Masa orang  berusia 3 tahun, mak sediakan orang dengan makanan yang penuh dengan kasih sayang…
orang balas dengan ucapan terima kasih dengan menumpahkannya..

Masuk usia 4-5 tahun, mak belikan pensel warna ..
orang balas dengan ucapan terima kasih dengan menconteng dinding-dinding rumah kita…

Saat berusia 6 tahun..mak antar orang ke sekolah tadika …
orang ucapkan terima kasih dengan mengatakan "tak mau! tak mau!.."

Saat berusia 10 tahun..mak menghabiskan masa bermain dengan orang
tapi orang ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan bermain dengan orang lain..

Semua itu mak lalui ketika membesarkan orang kan?
Dan semua itu kini telah menjadi sebuah kenangan... 

Kalaulah masa itu bisa berputar....maafkan orang mak..
Terima kasih mak….! Semoga segala jasa mak akan terbayar diakhirat kelak…


Dan hari ini aku telah mendapat jawapan pada persoalan yang selalu berlegar …
Kenapa mak masak sangat sedap? Walau pun sekadar kicap dan telur goreng?


"Sebab mak masak dengan hati dan perasaan penuh kasih sayang sebab tu hasil sentuhan tangan mak sangat sedap kerna ia berkat."

Happy Birthday mak... Thank you for being so thoughtful. May god will alyways bless u..












Monday, January 24, 2011

Terima kasih Mak~

Bila melihatkan kan anak orang lain yang sudah besar, apakah reaksi kita sebagai ibubapanya....lebih-lebih lagi si ibu?
Mesti dalam hati kita akan berkata"best nyer kan? anak dah besar ...bisa menjadi peneman di kala sunyi...bisa buat teman bicara....

Tapi pada hakikatnya...menbesarkan si anak itu sebenarnya membutuhkan semangat yang cekal dan gental....
Terkadang saya juga merasa kuatnyer semangat ibu saya...bila saya teringat kembali akan sikap dan apa yang saya pernah lakukan padanya suatu ketika dahulu... ketika saya tidak mengenal apa itu erti kehidupan yang sebenarnya....

Kesian kat emak....dahulu, saya selalu melawan kata-katanya....kalu tidak mendapat apa yang saya mahukan, pasti saya akan tidak tenteram...tidak keruan!

Mak bukanlah seorang yang kaya....namun beliau seorang yang kaya dengan semangat. iltizam yang kuat yang menjadikannya dirinya sebagai sumber inspirasi buat diri saya.

Dahulu, saya selalu saja mengeluh, mengapakan saya dilahirkan sebagai anak yang sulung....perlu mamikul tanggungjawab yang berat untuk membantu emak menguruskan adik-adik, mengemas, membasuh lebih-lebih lagi memasak....mak hanya tahu membeli keperluan dapur termasuk lauk-lauk harian...tugas yang selebihnya perlulah difikirkan sendiri oleh saya.

Di kiri bahu saya adalah menjaga adik-adik....di kanan pula adalah memasak...jika tidak pasti adik-adik akan berlapar....Ianya tugas yang berat sama sekali pada umur yang baru sahaja meningkat ke belasan tahun..

Bayangkan mak dah mula tinggalkan kami pada usia saya baru sahaja darjah tiga..mmmmm....sukar saya nak gambarkan...susahnya kami ketika itu....tapi mak tidaklah sampai membiarkan perut kami tidak teri'isi' langsung...itu yang saya kagum....mak I'm proud of you!

Touching!
Air mata ini bergenang...teringat kembali...

Tapi kini saya sedari dan saya amatlah bersyukur juga berterima kasih .....Alhamdulillah saya dikurniakan ibu seperti emak saya....

Kerana beliau adalah insan yang paling berjasa di dalam hidup saya.....segala tunjuk ajar dan leteran daripada beliau lah yang membuatkan saya menjadi manusia seperti ini...

Kasih ibu sampai ke syurga


goggle image

goggle image


Saya bisa menjadi pekerja...menjadi kuli kepada mereka..
Jika tiada pilihan, saya juga bisa menjadi suri yang terhebat buat anak2 juag suami dirumah ...
Dengan rahsia yang emak saya bekalkan...insyaalah!



nh.razali