Apakah erti perkahwinan yang sebenarnya?
Pertamanya, kita perlu tahu apakah dia sebenarnya perkahwinan itu. Perkahwinan adalah satu perhubungan intim diantara dua individu(lelaki dan perempuan) yang bergelar suami dan isteri. Ia bukan setakat hanya untuk menikmati kepuasan seksual, tetapi merangkumi melakukan aktiviti harian secara bersama serta berkongsi minat, kegemaran dan kepentingan. Pasangan ini juga saling bekerjasama dalam setiap urusan keluarga ke arah hidup yang lebih sejahtera dan bermakna. Dalam islam, perkahwinan merupakan satu ikatan yang cukup indah ke arah membina sebuah institusi keluarga yang menuju matlamat mencapai rahmat dan redha allah.
Perkahwinan memberi ruang kepada pasangan untuk merasai kemesraan dan kehangatan kasih sayang, disamping saling memenuhi keperluan peribadi masing-masing secara bersama. Pasangan yang berkahwin juga dapat merasakan satu suasana komunikasi yang lebih bebas serta jelas tentang semua perkara. Perbezaan di antara mereka saling dihormati dan sentiasa wujud rundingan atau perbincangan dalam segala hal dan masalah.....
Perkahwinan memberi ruang kepada pasangan untuk merasai kemesraan dan kehangatan kasih sayang, disamping saling memenuhi keperluan peribadi masing-masing secara bersama. Pasangan yang berkahwin juga dapat merasakan satu suasana komunikasi yang lebih bebas serta jelas tentang semua perkara. Perbezaan di antara mereka saling dihormati dan sentiasa wujud rundingan atau perbincangan dalam segala hal dan masalah.....
Alhamdulillah terima kasih pada mu Allah, terima ksih dengan kurniaan dan jodoh yg telah kau anugerahkan ini....akhirnya cinta yang terbina hampir 3 tahun menjadi milik kami secara kekalnya...insyaallah..pada 29/10/04 untuk pertama kalinya aku terpandang akan dirinya dan ikatan perkenalan mulalah terjalin.... bermacam dugaan dan rintangan yang kami hadapi...hampir sekali memutuskan ikatan pertunangan dek tidak tertahankan dengan pelbagai cubaan...tapi kuasa Allah swt lebih mengatasi segala-galanya...Semuanya hampir berjalan dengan smooth & sailing sekali selepas aku diijab kabul kan pada 30/3/2009 berwalikan bapaku sendiri Ayahanda tercinta Atok Jali di surau JAIS Kajang Selangor selepas Zohor...Mengambil kesepatan untuk mengabadikan Tarikh 1 April 2009 (April Fool!) sebagai simbolik tarikh persandingan...senang nak ingat kan..maklumlah nanti lagi banyak tarikh2 yang nak kene ingat..hihi...
Dan semoga cinta ini akan terus mekar dan berpanjangan ....Amin!
Saat titisan air mata...membatalkan air sembahyang....apa yang terlintas di ketika ini hanyalah syurga ku kini di bawah telapak kakinya....apakah aku sudah cukup bersedia untuk episod yang seterusnya? mudah mudahan Allah memberikan aku lebih kekuatan dan iman....
Ya Allah, aku mencintai suamiku kerana cintanya pada-Mu, Kekalkanlah cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu, dan Kekalkanlah cintaku pada-Mu agar cinta suamiku kekal bersamaku, serta bimbinglah cinta kami agar kami tidak hanyut dari landasan cinta-Mu. Amin