Sayang anak-anak mama, kakak & adik ini untuk kamu baca dewasa kelak..tiada apa yang mama ada untuk ditinggalkan ...hanya secebis kenangan buat bekalan ..buat papa...terima kasih diatas segala pengorbanan mu yang tidak terhingga...hanya Allah yang akan membalas semua jerih perihmu mengharungi hidup bersama kami....Terima kasih pada Allah atas pertemuan ini...Terima kasih untuk cinta yang teristimewa ini....Semoga cinta ini akan sekali lagi dipertemukan Di Jannahmu Ya Allah.
Please note that this is a private website.

All content in the website is strictly belong to site owner (nh.razali).
Any ideas and issues brought in the website are based on site owner personal point of view and could not be threat as an official statement.

Monday, May 23, 2011

Redhakan kepergian mereka

Semalam dan hari ini jiwa mama memang tak tenteram....tak tau kenapa mungkin terlalu memikirkan apalah perasaan ahli keluarga yang anak-anak yatin yang tertimbus 2 hari lepas .....boleh rujuk dekat sini untuk details....disini

Pernah satu ketika kita baru pulang dari mandi Dekat Sg Chongkak...maser lalu dekat tempat kejadian mama ingat lagi...papa ader ader cakap kat mama yang dia nak sangat Qhalish masuk Tahfiz....kalau boleh nak carik yang dekat-dekat sebab nanti wekend senang nak datang melawat....

Kalau boleh lagi papa nak antar Qhalish cepat-cepat...maksudnyer dari sekolah rendah lagi..sebab papa teringin sangat nak tengok salah seorang dari anak-anak dia jadik hafiz or imam muda...


Setiap kali papa terpandang wajah budak kecik yang pakai kopiah and especially yang pakai jubah mesti papa akan tenung wajah budak tu lamer-lamer ...terkadang seperti papa lupa sekejap pada sekeliling yang lain....terpegun, terpaku....pastuh papa akan cakap" tak sabar nak tengok Qhalish pakai cam ni pulak"

Agaknya mungkin disebabkan yang papa penah terluah untuk antar Qhalish kat saner lah yang membuatkan jiwa mama agak sedikit kacau...kalaulah kejadian tu berlaku masa Qhalish dah belajar kat sana....macam manalah agaknyer keadaan mama....kuatkah mama untuk menghadapinya....? 

Pelikkan? mama ni mungkin terlalu emo kot...tetbawak-bawak perasaan yang tak tentu hala....apalah....emo tahap to d max sungguh!.... sampai mama berlari masuk bilik nangis sengsorang....Ya Allah, Ya Allah....










imam muda yang selalu bertahta di hati mama



SEMOGA SELURUH KELUARGA YANG KEHILANGAN INSAN TERSAYANG DAPAT MENERIMANYA ....REDHAKAN KEPERGIAN MERAKA...SEMOGA MERAKA AKAN DITEMPATKAN DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN & AKAN MENJADI BIDADARA SYURGA....AL FATIHAH~










nh.razali

Friday, May 20, 2011

Pengorbanan meraka


Tidak dinafikan kasih sayang seorang ibu & ayah mengatasi segala-galanya, 
tidak dapat dinilai emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.

Tidak hilang di hati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak walau sesaat,
kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan atau melelapkan mata kerana teringatkan anak dan ada ketikanya air mata jatuh berlinangan kerana terlalu merindui anak-anak. 



Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa kita,


Namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung itu. 
Berdasarkan pemerhatian saya, ada anak yang sanggup membuang dan menyisih ibu bapanya.

Mereka ini sanggup meninggalkan ibu bapa di rumah kebajikan atas alasan tidak sanggup melayan kerenah ibu bapa yang semakin tua. Sunnguh tidak berperi kemanusiaan..


Ya Allah Ya Tuhanku....
Jauhilah aku dan adik-adikku dari sifat yang tidak terpelihara seperti itu.....



Alhamdullillah...sungguhpun pada ketika ini saya bergaji kecil akan tetapi saya tahu jauh disudut hati , ibu dan ayah saya pasti mampu tersenyum dengan pemberian yang tidak seberapa besar ...

sedari saya mula menikmati duit sendiri .....saya tidak pernah akan lupa untuk berkongsi dengan mereka....walau sebulan sekali pun tidak pernah saya akan lupa....
Dan saya dapat rasakan yang setiap pemberian ikhlas itu telah digandakan dengan seribu keberkatan dari Allah swt....

Alhamdullilah...ini semua berkat mak & ayah yang ajarkan agar pandai membawa diri..supaya disenangi.

Sungguhpun hanya saya dan adik kedua sahaja yang bekerja.....namun kami tidak akan sesekali melupakan jasa kedua orang tua kami....insyaalah selagi saya diizinkan mencari rezeri oleh sang suami..akan ada bahagian yang sedia terbahagi buat mereka...

Semakin kami meningkat dewasa....semakin perasaan kasih & sayang ini kian mendalam...apatah lagi setelah kami juga bergelar ibu & ayah....
Tidak lagi seperi dahulu...keluarga tetap akan menjadi keutamaan...kemana-mana akan bersama...menghiburkan hati mereka dengan telatah cucu-cucu amat membahagiakan.....




Kini mak tak perlu lagi ....
berjalan kaki menunggu bas kilang seawal jam 6 pagi...
kerana menjaga cucu-cucu sudah mencukupi....
namun mak tetap pandai bawak diri...
makan dan pakai kami tetap sedia menanti...

Buat ayah juga tak susah..
Berkerah tenaga pengambil upah..
Hati gundah tak sabar nak balik umah...
Teringatkan cucu hati nan gelisah...
Tapi hati ayah sedia menanti ... 
Pulang malam tetap dinanti...








Firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukur kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu dan kepada Aku tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)



nh.razali

Monday, May 16, 2011

Mama hargai akan setiap masa kita

Sayang mama,

Papa, kakak & adik....

Sejujurnya dalam hati mama akan selalu ada kalian.....

Terkadang mama rasakan yang 24 jam masa yang Allah tetapkan ni seakan tidak mengcukupi....Masyaallah....tamaknya mama...tetapi ianya benar...

Kalaulah duit mama sekoyan, 8 jam yang mama pinjam buat mencari punca rezeki kita, 
akan mama gunakan untuk menatang kalian ibarat menatang minyak yang penuh...
tiduri kalian dengan nyanyian, suapkan kalian dengan air tangan ini....untuk setiap hari...

Itulah angan-angan mama ....tetapi Allah tidak lagi memberi kesempatan....mungkin di suatu hari nanti....

Oleh itu, untuk setiap masa yang mama ada...mama tidak mahu melupakan kalian.....akan mama isikan setiap corok & ruang...

Walaupun masa selalu mencemburui kita...tetapi tak salahkan kalau kita pandai curik masa...kerana apa saja akan mama korbankan buat yang tersayang.....



 pixa yang x berapa nak cantik cox it was taken by iphone..

i want to make by my own la momma



ummmm...thank you papa



Acu Ya pon ader tau



sedap la totoberi ni momma..
alish mamam aper tuh?



acam ler yang LEMON tuhhh



semoga cinta kita kan berkekalan hingga ke Jannah mu


 To Papa: semoga akan ada selalu perasaan sayang menyayangi antara kita & amanah Allah ini.....semoga kami akan lebih lagi ada masa untuk bersama....i lov u yang:)


Salam sayang mama dari Putrajaya.....






nh.razali

Thursday, May 12, 2011

Kau ratu di hati kami

Engkaulah permata hati 
Mendidik dan mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci
Sungguh murni hati ibu
Menenpuh onak nan berliku
Jerih perihmu tiada siapa yang tahu

mama nurull



acu kin



mummy sasha





Tanpa ibu siapalah kita semua ni, bagi mama sehebat mana individu tu tapi kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu.

Setelah merasa sendiri jerih perih menjadi seorang ibu, baru kini  mama rasakan betapa mulianya hati seorang ibu ....
Sebenarnya terlalu banyak pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu....bila dah jadi seorang ibu ni barulah mamafaham susah payah, jerih perih seorang ibu dalam menjaga dan membesarkan anak-anak....

Ada 3 perkara yang HANYA dapat dilakukan oleh seorang ibu iaitu mengandung, melahir dan menyusukan anak....sungguh besar pengorbanan seorang ibu.....rutin seharian seorang ibu tak pernah habis bermula dari awal pagi sehingga ke tengah malam....pengalaman ni takkan dapat dibeli dengan wang ringgit....

Sekarang tidur mama tidak lagi senyenyak dulu...terpaksa bangun beberapa kali untuk menyusukan anakanda QQ's....kemudian bangun awal-awal pagi untuk bersiap pergi kerja...siapkan diri, siapkan beg kalau malam tadi tak sempat siapkan, hantar anakanda berdua ke umah nenek, dan kemudian melakukan kerja harian di ofis.....

Petang balik kerja ambil anakanda kat uamh nenek, mandikan kalian (kalau belum mandi), masak , sidai kain...tengah-tengah malam pon tetap sidai tau..cuci botol-botol susu, makan, tidurkan anakanda sambil terkadang mama pun terlelap bersama.....

Macam ni la rutin harian hidup mama dan mungkin semua ibu di dunia ni...bukan mengeluh, tapi sekadar meluahkan...malah bila difikir balik, inilah nikmatnya jadi seorang ibu....terima kasih juga buat suami  tersayang yang banyak membantu buat kerja rumah....kalau nak harapkan mama sorang, memang tak menang tanganlah jawabnyer....

Mama akui mama memang seorang lemah....syukur pada Allah kerana memberikan mama  seorang suami yang ringan tulang (walaupun kadang-kadang nak kena suruh baru buat).....huhu....
Bagi mama setiap hari adalah hari ibu!! dan setiap detik mereka perlu dihargai..eceh!

Buat ibunda Mahani Bt. Mohd Nawi dan ibunda mertuaku Hajah Siti Zain Bt. Ismail,
Engkau adalah ratu di hati kami.....sesungguhnya hanya Allah swt apa yang mampu membalas segala jasamu....

ibu mithali hajah siti zain


ibunda mahani bersama wajah-wajah suci ibu dan bakal ibu...insyaallah...



nh.razali

Saturday, May 7, 2011

Hafiz kecil

Masih lagi pikiran mama dok terpikir-oikir pasa entry semalam....balik jer dari tempat kerja malam tadi mama terus carik anak-anak mama...terus peluk ngan cium-cium bucuk macam mama... 

Dalam hati kecil meminta-minta kepadaMu Ya allah ...janganlah kau ceraikan kasih sayang anatara aku dan anak-anak ku ini...satukan lah jasad dan hati kami selalu...tak sanggup andainya perpisahan itu terjadi pada waktu-waktu sebegini...belum puas lagi rasanya nak menatap kurniaan maha agung ini....tuhan je la yang tahu betapa kasih dan sayangnya seorang ibu terhadap anak-anaknya....


Nampak dari jauh tengah tengok adik sedang dok belajar alip ba ta dengan papa...sayup-sayup kedengaran suara kecik adik....pandai pulak tuh soh papa diam ...nak bagi kat dia jer bunyikan ....alip....ba...ta....sambil tangan menunjuk-nunjuk pada curdboard....

i like papa



alip...ba...ta

Alhamdullillah...memang sedari kecil lagi adik dah menunjukkan sikap interested in learning.....esp masa nak baca buku sebelum tidor...excitec sangat adik bila mama suruh carik book!


adik mara papa kacau yekk

kasihnya papa sanggup berkorban
Semoga niat papa nak tengok adik masuk sekolah tahfiz akan dimakbul Allah yer sayang...




nh.razali

Friday, May 6, 2011

Salam Takziah

Terkedu seketika takkala mama terbaca artikel yang paling menyedihkan semalam...sebak dan dada ini ibarat terhimpap oleh sebongkah batu yang amat besar sekali...sukar untuk mama bernafas....

Tiba-tiba air mata yang bertakung ini seakan tidak malu untuk menyembah pipi....Ya Allah inilah hati seorang ibu....betapa kurniakanMu begitu halusnya sekali Ya Allah....

3beradik iaitu Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5, Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2...di percayai meninggal dunia akibat dari lemas oleh kerana fenomena kepala air di ulu bendul...


2 Dah dijumpai manakala 1 lagi masih dalam kehilangan....sudah pasni nasibnya sama seperti 2 lagi saudaranya....atau Allah yang lebih mengetahui...


Kepada ibu mangsa WAN Azleela Wan Abdullah, 32,semoga ibu tabah menghadapi dugaan ini....sesungguhnya Allah itu menguji orang-orang yang beriman....tabahkan hati dah redhai lah dengan apa yang terjadi...




biarpun berat mata yang memandang...mama tahu berat lagi bahu yang memikulnya....sebagai seorang perempuan yang dinamakan ibu...mama turut merasakan keperitannya....


Salam takziah dari kami sekeluarga...semoga roh anakanda dicucuri rahmat...


semoga anakanda lena sebagai bidadari syurga





Sudirman

Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...


nh.razali

Thursday, May 5, 2011

Tiap hari papa membilang waktu ~

Dah dua belas hari papa on leave...habiskan cuti tahunan yang masih lagi berbaki sebelum move to RC starting on 9/5/2011 nih...alhamdullillah...berbekalkan kesabaran ngadap kerja jer selama ni....at last dapat juga papa rasai kenikmatan a long-long rest for about 3 weeks....


To be honest...memang jiwa & raga mama agak sedikit tersiksa tatkala begitu sukar sekali untuk papa bercuti...esp maser our kiddos not feeling well...esp maser demam panas....kalau approve pon mesti banyak dugaannyer akan papa hadap bila back to work....

Mereka tidak akan memahami situasi family man macam papa kan....? macam kita...

Most of the top hotelier sumer divorce family.....maner lah nak tahan kalu dok ngadap kejer jer 24 jam....or else long hours, stayback....or bla2....
nasib baik la kita ni sama-sama hotelier kalau tak tak tau lah nak cakap haper....nauzubillah....

Semoga lepas ni papa tak lagi stress macam dolu2...have fun jer okeh maser ker nanti....ye la kejer maner la yang tak der stress...tapi klu stress hari-hari baik toksah kejer kan....




Sebab dah lamer sgt kat umah sampai beard n  mustache pon tak segan silu meliar tumbuh kan.....
















 Selamat tinggal semua....selamat datang yang lebih bahagia...

 















nh.razali

Selamat Pengantin Baru Hajidah & Hakimi (SIL)

Alhamdullillah semua dah selesai ..
dah selamat pon...badan yang penat pun dah berubat dengan bantal dan tilam ....
Tak menang tangan mak di buatnya....ke hulu ke hilir melayan tetamu sampaikan sekeping gambar mak pon kami tak tertangkap...Itulah yang dimanakan "MAK"

SITI ZAIN adalah ibu mertua saya...jangan tak tau...she about 60++ bus still look young ....kuat tuh orangnya!


Dibiarkan dirinya susah hanya kerana anak...hanya Allah sahaja yang mampu untuk membalas segala jasa Emak.....

Alhamdullillah Allah kurnikan saya dengan ibu mertua yang baik budi pekertinya...tidak perlu saya berfenin2 takkala orang lain menyuarakan ketidak puasan hati terhadap ibu mertua mereka....Allah telah kurniakan saya dengan yang Terbaik!!


Cuaca pon nampaknyer bagi kerjasam yang sangat baik...Thanks to Allah....segalanya berjalan dengan lancar dan baik sekali....


Semua anak mak dah selamat tinggal lagik Pak Lah jer ...agak-agak nyer bila lah nak makan nasik minyak Pak Lah la pulak kan.....Tunggu seru yer Pak Lah oiii? 


To jidah & Hkaimi...semoga kalian melayalari bahtera dengan aman dan damai...dan semoga cinta kalian akan kekal untuk selamanya....amin...





"May you love and hold each other in the worst of times with trust, faith and belief; hoping the best for you on your auspicious wedding"

bride & groom



aleh ucuk2 mama sowang niyh!















pengantin lama or penganting gila glamer? haha



i love tis shot!



sumbang sambung!




nak jugak kan?








dari kiri apksu, acu, bonda & ayahanda



songkok alish yang dah tak muat...



aunty ngah and baby sara...



nh.razali