Sayang anak-anak mama, kakak & adik ini untuk kamu baca dewasa kelak..tiada apa yang mama ada untuk ditinggalkan ...hanya secebis kenangan buat bekalan ..buat papa...terima kasih diatas segala pengorbanan mu yang tidak terhingga...hanya Allah yang akan membalas semua jerih perihmu mengharungi hidup bersama kami....Terima kasih pada Allah atas pertemuan ini...Terima kasih untuk cinta yang teristimewa ini....Semoga cinta ini akan sekali lagi dipertemukan Di Jannahmu Ya Allah.
Please note that this is a private website.

All content in the website is strictly belong to site owner (nh.razali).
Any ideas and issues brought in the website are based on site owner personal point of view and could not be threat as an official statement.

Thursday, May 12, 2011

Kau ratu di hati kami

Engkaulah permata hati 
Mendidik dan mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci
Sungguh murni hati ibu
Menenpuh onak nan berliku
Jerih perihmu tiada siapa yang tahu

mama nurull



acu kin



mummy sasha





Tanpa ibu siapalah kita semua ni, bagi mama sehebat mana individu tu tapi kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu.

Setelah merasa sendiri jerih perih menjadi seorang ibu, baru kini  mama rasakan betapa mulianya hati seorang ibu ....
Sebenarnya terlalu banyak pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu....bila dah jadi seorang ibu ni barulah mamafaham susah payah, jerih perih seorang ibu dalam menjaga dan membesarkan anak-anak....

Ada 3 perkara yang HANYA dapat dilakukan oleh seorang ibu iaitu mengandung, melahir dan menyusukan anak....sungguh besar pengorbanan seorang ibu.....rutin seharian seorang ibu tak pernah habis bermula dari awal pagi sehingga ke tengah malam....pengalaman ni takkan dapat dibeli dengan wang ringgit....

Sekarang tidur mama tidak lagi senyenyak dulu...terpaksa bangun beberapa kali untuk menyusukan anakanda QQ's....kemudian bangun awal-awal pagi untuk bersiap pergi kerja...siapkan diri, siapkan beg kalau malam tadi tak sempat siapkan, hantar anakanda berdua ke umah nenek, dan kemudian melakukan kerja harian di ofis.....

Petang balik kerja ambil anakanda kat uamh nenek, mandikan kalian (kalau belum mandi), masak , sidai kain...tengah-tengah malam pon tetap sidai tau..cuci botol-botol susu, makan, tidurkan anakanda sambil terkadang mama pun terlelap bersama.....

Macam ni la rutin harian hidup mama dan mungkin semua ibu di dunia ni...bukan mengeluh, tapi sekadar meluahkan...malah bila difikir balik, inilah nikmatnya jadi seorang ibu....terima kasih juga buat suami  tersayang yang banyak membantu buat kerja rumah....kalau nak harapkan mama sorang, memang tak menang tanganlah jawabnyer....

Mama akui mama memang seorang lemah....syukur pada Allah kerana memberikan mama  seorang suami yang ringan tulang (walaupun kadang-kadang nak kena suruh baru buat).....huhu....
Bagi mama setiap hari adalah hari ibu!! dan setiap detik mereka perlu dihargai..eceh!

Buat ibunda Mahani Bt. Mohd Nawi dan ibunda mertuaku Hajah Siti Zain Bt. Ismail,
Engkau adalah ratu di hati kami.....sesungguhnya hanya Allah swt apa yang mampu membalas segala jasamu....

ibu mithali hajah siti zain


ibunda mahani bersama wajah-wajah suci ibu dan bakal ibu...insyaallah...



nh.razali