Sayang anak-anak mama, kakak & adik ini untuk kamu baca dewasa kelak..tiada apa yang mama ada untuk ditinggalkan ...hanya secebis kenangan buat bekalan ..buat papa...terima kasih diatas segala pengorbanan mu yang tidak terhingga...hanya Allah yang akan membalas semua jerih perihmu mengharungi hidup bersama kami....Terima kasih pada Allah atas pertemuan ini...Terima kasih untuk cinta yang teristimewa ini....Semoga cinta ini akan sekali lagi dipertemukan Di Jannahmu Ya Allah.
Please note that this is a private website.

All content in the website is strictly belong to site owner (nh.razali).
Any ideas and issues brought in the website are based on site owner personal point of view and could not be threat as an official statement.

Monday, November 8, 2010

Rombongan ke Melaka -wedding of Nur Rida & Hasbullah

Sempena dengan Majlis Persandingan seorang sahabat pada 7/11/2010, aku dan members yang lain ader buat satu small konvoi ke Tanjung Kling Melaka..janji nak turun 10 kereta 5-high school mate & 5- lagi studen2 UPM...tapi batang idong pun x nampak bebudak UPM tuh...hampeh...so kita org just turun 3 biji kereta jer...

Adalah dalam 15 org ramai tak de la ramai sangat...tapi kecoh macam la 50 org ...hihi memang enjoy ...gelak sampai x hengat laki memasing kat umah..sambutan dari tuan rumah pun sememangnya sangat mesra ...

Terima kasih pada serta kembarnya Nur Riza & tunangnya serta Nur Rida& suami selaku pengantin....semoga ikatan perkahwinanini akan kekal berpanjangan sehingga ke akhir hayat kalian ya...cepat2 timang baby ya...AMIN...





Having breakfast before depart to melaka

Makan roti canai at mamak

another capture at mamak (promote)

On the way

Rest jap at R&R

Our ride...kuda

Smile

yippie


Baru jer arrived

pot-pet2 session

Bride on the day

So sweet

The gorgeous Bride

Jelingan manja !

Menepung tawar ..first time tau

haha...kiss lagi

Smile

Another smile!

All ex SMKJB Kajang








Saturday, November 6, 2010

sifat terpelihara ku baik & buruk ya.. : )



Kat sini aku nak kongsi bersama beberapa sifat ku yang baik mahu pun buruk...hihi ...sajer jer nak bagi org lain tahu...biarla mereka dapat mengenali diri ini dgn lebih dekat lagi...ada yang selalu mengatakan yang aku ni agak sombong untuk didekati tapi ianya sememangnya cukup tidak benar sama sekali...aku adalah yang sebaliknya! selepas berkawan dgn aku barulah mereka mengatakan yang aku ni GILA orangnya....! Jom kita tgk aper kebende sifat2 aku yang terpuji & ter tut-tut tu sikit:

15. PEKARA PASAL AKU


  1. Aku ni mmg la tersangat pemurah ...susah la aku nak tgk org lain susah esp budak kecik & org tua...insyalllah klu ader rejki lebih cepat je aku menbantu

  2. Sangat suka melepakkan diri dn kawan-kawan baik aku...sumernya ada 4 org yang kepalanya gila2 macam aku jugak anne,noy& sua u all always in my heart! kita gelak sampai semput and x henat duania babes!

  3. Sangat sayang kan suami,anak2,mak,ayah & adik beradik..family women

  4. Love cooking...esp yang related to favo food..x kisahlah sesaper asalkan keluarga aku...

  5. Suker campak henset merata2..spi selalu x hengat kat mana aku letak ...selalu miscall phone sendiri

  6. Tak suke top up handset...sebab boleh buat call dr tempat kje...nak pakai bill takut over used la pulak camner tuh?

  7. Ada bantal busuk dari newborn sampai la sekarang....bantal tuh buat tutup mata aku...colour dah x tau la warna aper...tapi bau pasti ada..

  8. Sangat sayangkan FB and Blog aku niey...klu la satu hari nanti 2-2 ni kne blog mesti nangis gila x hengat punya sebab aku selalunya x simpan softcopy pic aku..

  9. Suke korek idong bile preggy...tak tau la kenapa? rasa mcm bijih timah ni makin menjadi2 progressionnya..makin korek makin banyak la pulak...hihi

  10. Klu tgh beron mesti nak bukak air kuat2..ala2 layang lagu gituh

  11. Suker tidor berpaling belakang org lain a.k.a kne pelok la konon...x kira la hubby or my kiddos ...rase cam ader yg protect la..

  12. Sangat susah nak ingat no..percaya x untuk ingat seseorg punya no phone aku kne amik masa berbulan2...termasuk la no diri sendiri

  13. Pelupa!

  14. Suke hubby cium telinga! wow statment ada bran!

  15. Sangat suker makan apa saja dari air tangan ibu ku....ikan bilis goreng + kicap pun dah rasa mcm SYURGA....air masak umah mak pon rase sedap cam minum air rebina..haha

Suami mithali idaman isteri

 


Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua – disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.
Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.
Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu.
Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah
.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah.
Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

Friday, November 5, 2010

Aksi kakak- Aceh

                                                      6 months old

                                                     3 months old

                                                       4 months old

                                                     1 year 5  months old

 9 months old

2 months old

5 months old

Aksi adik-Alish

6 months old

6 months old
8 months old

10 months old

5 months old

Cinta pertama...cinta monyet & kekuatan cinta itu..


Menurut para ilmuwan, cinta pertama yang sudah tertanam tak bisa dihapuskan dari ingatan. Kenangan cinta pertama bisa membuat orang yang mengalami ketagihan lebih kuat dibandingkan narkoba jenis apa pun. Banyak orang dewasa tidak berdaya menahan jatuh cinta lagi kepada dambaan hatinya semasa kecil.


Jadi, jika si mantan adalah cinta pertama pasangan Anda, tak perlu buang-buang energi dan berharap si dia bisa melupakan perempuan itu. Justru yang perlu Anda lakukan adalah membuat pertemuan kembali pasangan dan mantannya tak pernah terjadi.


Cinta Pertama ... pernahkah anda mengalaminya? Aku yakin, semua orang pernah ada kenangan terhadap cinta pertama. Apakah definisi cinta pertama kepada anda?

Bagi aku, memang indah jika ada perasaan cinta itu menyelinap dan terus menyusup ke dalam kalbu. Memang sempurna hidup kita jika warna-warna cinta menghiasi di jiwa. Namun, tidak semua yang kita impikan, akan menjadi kenyataan. Kadang-kadang dalam keasyikkan menyimpul buih-buih cinta, tiada siapa menduga badai yang menjelma sehingga buih-buih itu berterbangan dan terus lenyap. Kadang-kadang, siapa yang menduga hujan juga mampu turun di tengah hari walaupun cuaca terang-benderang.

Definisi peribadi terhadap cinta pertama – bagi aku cinta pertama adalah laluan hati untuk kita merasai apa itu erti cinta yang sebenarnya. Laluan bagi jiwa untuk mengundang rasa rindu dan laluan bagi kalbu untuk menyimpul bunga-bunga bahagia. Namun, tidak semua cinta pertama akan berakhir hingga ke jinjang pelamin. Alangkah indahnya jika cinta pertama itu berjaya hingga ke jinjang pelamin. Alangkah beruntungnya mereka yang berjaya membawa cinta pertama sehingga ke jinjang pelamin. Namun, itulah hakikat kehidupan ... tidak semuanya indah-indah belaka.

Cinta Pertama juga tidak semestinya cinta sejati kepada seseorang insan itu. Mungkin cinta sejatinya berada pada insan lain namun jika kita tidak membuka pintu hati kita kepada insan itu, bagaimana cinta sejati yang kita dambakan akan hadir untuk menghuni diri kita. Aku akui, sememangnya tidak mudah untuk melupakan cinta pertama. Kadang-kadang, kita masih terkenangkannya walaupun cinta pertama itu sebenarnya amat menyakitkan hati. Kadang-kadang, cinta pertama tidak boleh dibanggakan kerana ia mampu merobek dan mencalar jiwa yang suci. Namun, kadang-kadang aku terfikir, kenapa harus wujudkan perasaan cinta itu di dalam diri sedangkan dia tidak tercipta untuk kita. Adakah untuk kita merasai apa ertinya rindu kemudian diberikan pula kita merasai apa ertinya kecewa. 3 in 1, itulah selayak-layaknya untuk aku mencampurkan kesemua perasaan ini jika cinta kita kecundang di pertengahan jalan.

Pernahkah anda terfikir, kenapa masih ramai yang membujang walaupun usia sudah menghampiri ke penghujung senja (Sama ada lelaki ataupun wanita). Jangan menuduh sembarangan tanpa asas yang kejap. Memilih ... harus memilih agar jiwa tidak tercalar namun yang penting, pernahkah anda sedar bahawa cinta pertamalah merupakan punca utamanya ramai yang memilih hidup membujang. Kadang-kadang, insan takut untuk mengundang cinta itu lagi untuk bertahkta di sanubarinya kerana takut kecewa menghiasai rumah jiwanya semula. Memang sukar untuk membentuk rumah jiwa jika kecewa sudah menghiasi di dalamnya. Kadang-kadang ia mengambil masa bertahun untuk mengubati parah yang hadir. Namun, sampai bila kita harus mengenang cinta pertama jika ia amat menyakitkan? Sampai bila kita hendak menutup pintu hati kepada mereka yang layak bertahkta di dalamnya? Sampai bila kita hendak dingin pada perasaan cinta sedangkan naluri kita amat memerlukannya untuk mengisi kekosongan di dalam jiwa. Sampai bila kita harus menyendiri jika kita tak pernah memberi peluang untuk mengundang cinta sejati? Kadang-kadang, cinta hati kita berada hampir dengan kita Cuma kita yang tidak perasaan kerana terlalu taksub dengan cinta pertama yang menyakitkan hati itu sehingga kita terlepas cinta sejati. Kita harus membuka mata untuk melihat cinta sejati kita agar kita tidak menyesal di kemudian hari sekiranya cinta sejati itu juga terlepas daripada genggaman kita.

Apabila membaca novel cinta, aku terfikir sendiri ... alangkah bahagianya mereka yang telah dipertemukan jodoh masing-masing walaupun banyak rintangan yang terpaksa ditempuhi sedangkan hakikat kehidupan yang sebenarnya tidaklah semudah seperti perjalanan cerita di dalam novel. Oleh itu, anda harus bersyukur jika anda telah dipertemukan jodoh dan hargailah pasangan masing-masing kerana bagi sesetengah insan, tidak mudah untuk bertemu jodoh dan tidak mudah untuk menyerah hati untuk dimiliki.

Kesimpulan yang dapat aku simpulkan disini, kadang-kadang cinta pertama membuatkan seseorang itu hilang kepercayaan kepada lelaki/wanita sehingga keraguan sentiasa timbul di hati mereka untuk mengecapi bahagia. Kadang-kadang mereka sanggup membujang hingga ke akhir hayat gara-gara cinta pertama yang menyakitkan hati. Walau apa pun situasi cinta yang anda alami, satu yang aku harap – hargailah cinta yang hadir kerana sekali ia pergi, susah untuk mengundangnya semula ...

Dan jika anda suka pada seseorang itu, luahkannya agar dia juga tidak terlepas ke dalam tangan orang lain. Kita harus mengambil risiko terluka jika kita cintakan seseorang itu kerana jika kita hanya memendamkannya, mungkin si dia yang menjadi dambaan hati juga akan berlalu pergi .... Alangkah ruginya selepas dia dimiliki baru kita tahu bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan kita, hanya kerana kita terlambat, dia menjadi bunga larangan di jambangan orang.

Walaupun suamiku bukanlah cinta pertama ku...namun aku tetap bahagia dah lebih bahagia daripada sebelumnya....ku rasakan dialah cinta yang terulung dihati ini...bagus juga dia tidak menjadi yang pertama kerana kalaulah dia pastinya aku x punya kebahagiaan seperti kini....

Di sebabkan cinta pertama ku putus di tengah jalan dulu..."si cepeot "
tu ader la tujukan lagu ni khasssss untuk aku....bila dengar lagu ini ku rasakan terkena sungguh..!
Ape lagi..silalah layankan perasaan anda..

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku dalam menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Di malam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayang kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu...

Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna sejak dari mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Oh... oh... oh



Tuesday, November 2, 2010

Saat kehadiranmu -khas buat tatapan anakku Qaseh

Sayang anakkku Qaseh,
Selepas 6 minggu di ijabkabulkan, badan mama macam x sedap sangat...hari2 mama rasa lemah macam nak demam jer...makan pun x lalu...kalau sayang nak tau...lepas dua hari mama & papa kawin pun mama dah demam terok...abis sakit2 urat badan mama...x sangka kan...lepas kami pergi check up, kami sisahkan akan menjadi ibu & ayah! ALHAMDULLILLAH...itulah kata2 yang terkeluar daru mulut papa...dia sememangnya menantikan kehadiranmu sayang!

Selepas 2 minggu mengetahui akan kehadiran mu...mama diuji dengan mabuk2 yang teruk sangat....mmg mama tak lalu nak makna langsung....minum pun sama...apa yang masuk ke dalam tubuh badan mama ni pastinya akna terkeluar dengan sendirinya...habis kering bibir mama...berat badan pun turun dengan mendadak....tapi masa tu mama suke sangat makan kueh pau cap Petronas...hihi 3 bijik sekali makan tau..mmmm mama pon x tau la sedapnya macam mana...tapi dah org kata selera ibu mengandung....kalau sayang nak tau atuk & nenek pun mmg tersangat excited lah sangat...maklumlah cucu sulung la katakan...

hampir 4 bulan sayang mama kandungkan mama & papa sangat excited nak tau apalah jantina anak mama ni....bile kami pergi scan buat kali pertamanya ...sedih sgt x dapat pun nak tgk jantina sayang...hehe mesti sayang malu kan masa tu...or sayang nak buat suprise kat kami kan?..huhu....x per kami ok jer tapi dalam hati mama mmg kuat mengatakan yang jantina sayang adalah girl walaupun sememengnya sayang kuat sangat kicking perut mama...tapi mama x nak la beritahu kat sesiapa...apa yang mama mahu hanyalah baby mama mase tu sihat dan sempurna...itu pun dah lebih dari mencukupi...tapi bila kami buat scanning untuk kali kedua doctor bagi tau yang kami akan dikurniakan dengan bayi lelaki...apa lagi excited la atuk & nenek....atuk lompat mcm nak tercabut atap rumah...sebab atuk x der rezeki nak rase anak lelaki...hihi
so semua kelengkapan sayang mama sediakan dengan colour biru...or yang more  to boy....

Mual dan loya mama just end up until 7 month mama kandungkan sayang...mama tau sayang mesti kesiankan mama sebab tak lalu langsung nak makan kan? bukan tu jer nak bau badan papa pun dah boleh buat mam muntah...sian kat papa maset tu...banyak sangat bersabar denagn kerenah mama...walaupun cam tu, setiap pagi bile papa nak pergi kerja papa akan solat subuh+ bacakan surah yassin buat sayang....sebab memamng papa niat yang kalau Allah beri rezeki kami kurnikan zuriat sejurus je lepas kawin papa nak hafal yassin sebelum sayang lahir...sebab masa nak temankan mama dalam labor room nanti papa nak bacakan buat mama...ye la Yassin kan jantung hati Al-Quran...Dan setiap kali kita bacaan Yassin juga akan mengurangkan kesakitan setiap org... ...sebab tu papa baca setiap hari tapi mama bukannya buat2 sakit tau ...kalau sayang nak tau mama kne admitted wad 2 kali sebab kne masuk air berbeg2...pengsan kat cefe tempat mama kerja 1 kali nasib baik ader kawan tlg papahkan...tapikan lepas jer abis mual mama, datang plak satu lagi dugaan..mama kne pulak demam+ batuk yang terok sangat...krem kaki jangan cakaplah...selalu mc2 sampaikan dah exceed mc mama tau....kne la unpaid leave pulak...

satu hari mase mama dah dalam 35 minggu...badan mama mmg panas sampaikan ke 40 darjah celsius...papa punyalah selimutkan denagn 2 lapis toto pun mama masih lagi mengigil2...sampai tahap papa terpaksa anta mama ke hospital ...kebetulah aritu pulak Hari Raya Haji...so x dapat la mama nak makan rendang ngan ketupat nenek..sampai hospital vigina mama dah bukak 1 cm dah and terpaksa la kne tahan...papa mmg nampak risau sebab baru lapan bulan lebih...kiri kanan tangan mama penuh dengan wire...satu untuk ubat satu untuk air....lepas dapat injection mama mula rasa sakit...hari demi hari hampir 3 hari menunggu dan pada hari ke 4 barulah rasa sakit yang kuat sangat...pukul 7.00 pagi mama kne tolah pergi labour room....8 jam menahan kesaikat...4 jam pertama mama kesaorangan sebab doctor x bagi papa masuk...lepas 4 jam barulah muka papa muncul denagn berpakaian seperti seorang doktor..,masa tu mama macam sedar dab x sebab doktor bagi epidural...masa papa masuk jer dai terus cium dahi mama dan nangis ...sampai teresak2 sebab x sanggup tgk keadaan mama...papa bacakan yassin dan pengan tangan mama...4 jam papa dok urutkan belakang mama sebab sakit yang x tertahan sangat...nasib baik mama tahu macam mana nak sedut gas...so dapatla mama tidur jap...sempat lagi mama call atok & nenek sebab nak mintak maaf kalau selama mama jadi anak mereka ada kesalahan yang besar mama dah buat...nenek nangis masa denagn suara mamaatok apatah lagi...langsung x nak cakap dengan mama sebab x sanggup nak dengan rintihan mama yang kesakitan....masa tu mama rasakan yang betapa besarnya kasih sayang seoorang ibu dan ayah....untungnya mama...hihihi
masa doctor masuk dia terkejut yang kepala sayang dah pun nampak...so dia suruh mama push ...mama push kali pertama tapi x berjaya....dengan bantuan semangat dari papa mama push untuk kali kedua dan alhamdullillah lahirlah puteri mama....

tapikan kami semua terkejut yang sayang ni bukan nya boy seperti yang kami diberitahu dulu....tapi girl...Ya Allah benarlah naluri seorang hati ibu itu...papa macam x percaya..mama apa  lagi sebab itulah yang sememangnya mama  impikan...dapat jugak mama teman...rupa2nya papa pun sama dah lama edmire nak anak perempuan...papa cium dahi mama sekali lagi..papa wish thanks sesangat sebab lahirkan dia seorang zuriat yang sangat comel....tapi papa frust sikit la sebab x dapat nak abishan hafal Yassin sebab sayang dah lahir terlebih awal dari yang dijangkakan...sepaputnya mama punya due date on 10/01/2008 tapi sayang taka sabar2 nak keluarkan....so dengan izin Allah sayang selamat dilahirkan pada 23/12/2007
Bila mama ditolak ke wad balik...atok& nenek dah x sabar dok tunggu...mama pelok dan salam atok dan nenek ...kuat2 dan mohon ampun sekali lagi sebab mama sebak sangat sebab x percaya yang dah jadi seorang ibu...semuanya seperti sebuah mimpi... 

untuk pengetahuan sayang masa mama dalam pantang papa lah yang uruskan segalanya...uri mama pun papa yang basuh ...bila mama x larat nak bangun , badan mama papa lah yang mandikan...papa memang seorang yang terlalu istimewa buat kita...alhamdullillah mam amat bersyukur memperolehinya sayang....
Sebab kami x prepare nam baby girl masa tu jadi kami namakan sayang as Nur Qaseh Qadeeja~sempena nama isteri Rasullullah AS...dan kebetulan masa tu tgh femes siri drama Qaseh Ramadhan...hihi...tapi kami bukan ketandusan idea tau....

Masa buat pertama kalinya atuk,nenek,aunty ngah,acukin,tokcu,tok ayah cu,paklong den,pakngah cap,wan,paklong,maklong,maklang,makusu jidah datang xsabar2  nak tgk sayang...rebut2 nak dukung pulak tu...nenek & atok macam x percaya yang mama dapat baby girl sebab seperti yang di jadualkan mama akan dapat baby boy...tapi dia org tetap jugak sayang sayang seperti hari ini....sayang yang x mungkin berbeleh bagi...malah mereka lebih sayangkan sayang lagi dari mama...Mama doakan semoga sayang sihat walafiat,berjaya dalam hidup dan akan jadi anak yang solehah...insyaallah



Ya Allah Ya  Tuhan ku...
jika pendek umurku ...dan aku pergi dulu,
aku ampunkan dosa anak2 ku...
ku halalkan setiap kasih sayangku
ku halalkan setiap titisan susu yang menghilangkan dahaganya
ku halalkan darah mengalir dalam tubuhnya
ku maafkan setiap tutur katanya yang andai menbuat hatiku terluka
Semoga kau akan tunjukkan segala jalan kebenaran sepanjang hidupnya
Semoga kau perolehkannya kebahagian di dunia & jua dia akhirat
Semoga keluarga kami akan ditemukan di akhirat kelak Ya allah
Jua kami akan ditempatkan di Syurga Firdausi Mu Ya Allah

Robbana Atinna Fiddunya Hasannah
WlfilAkirati Hasananah
Wakina Azabbanna
Wakina Azabbannar
Wakina Azabbannar...
Amin

Dari jiwa kecil...hilangnya seorang sahabat...Salehhudin

Puluk 12.10pm aku dijemput oleh seorang teman (Anne) ...dengan tergesa-gesa melaungkan nama ku...bila ditanya mengapa begitu cemas? dan akhirnya dengan mata yang sayu mengatakan yang kami baru sahaja kehilangan rakan baik iaitu Arwah Salehhudin...tak sangka pemergian nya begitu cepat sekali....akibat menderita mengidap penyakit yang berbagai2 dan datang dalam satu2 masa...Arwah pergi menghadap Illahi tampa sempat kami menziarahinya buat kali yang ke-3...Dua bulan sebelum tu aku dan teman2 sekolah yang lain ader pergi meluangkan masa menjenguknya dia Hospital Ampang...sayu di hati kecil melihat penderitaan sahabat yang hanya mampu terlantar disamping wayar2 yang bersimpang siul di badan...hanya doa yang mampu kami panjatkan semoga arwah terus tabah masa tu....terbayang senyuman di wajah arwah tak kala melihat rakan2 yang sudah hampir 9 tahun ditinggalkan semenjak meninggalkan alam persekolahan ....semasa melihat arwah untuk kali yang terakhir apa yang terdetik di hati ini hanyalah....(inilah yang mampu ku berikan untuk nya...hanyalah secebis doa semoga dosa2 nya diampuni olehNYA dan arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman) saat yang lebih menghibakan ketika bersalaman dan berdakapan dengan ibu arwah....saat yang pasti akan menitiskan airmata sesiapa yang melihatnya....ku peluk erat ibunya dan kunyatakan semoga dia akan kuat semangat....hati ibu mana yang mampu untuk menanggung dugaan akibat kehilangan anaknya?...Semoga Allah akan berikan kekuatan pada ibunya...insyaallah
Terlihat juga ada yang sempat bersama2 menyembayangkan arwah...Itulah hadiah terakhir buat seorang teman...
semoga setiap kematian itu menginsafkan dan menjadi panduan buat kita.
buat sahabat ku yang telah pergi...semoga engkau tenag mengadap illahi...AL-FATIHAH..

Eid 2010




Friday, October 29, 2010

Khas buat ibuku - Bonda Mahani

Di saat aku selalu berterima kasih kepada orang lain untuk bantuan yang mereka hulurkan
adakah itu juga yang aku lahirkan untuk seorang wanita yang bernama ibu
yang menghabiskan masa hidupnya mendidik diriku sehingga aku manjadi seorang yang mengetahui
tujuan kehidupan aku di alam semantara ini
MAK
aku tidak dapat membalas ketabahanmu,cekal hati mu medidik diriku,
sabar murni melayan karenah anak anak mu, tiada mendengar sepatah keluhan,
apatah lagi cemuhan darimu,tiada sekelumit kemarahan terpancar dari wajahmu,
kerana menggendong amanah yang berat dari TuhanMU,
yang ku lihat hanya lah senyum darimu,
keikhlasan yang terpancar dari lubuk wajahmu,
MAK,
kini kau tidak tega untuk menyusur cabaran,mak sudah tua,
mak perlahan di mamah arus usia, namun semangat hidup terus mekar,
untuk melihat anak anakmu terus berjaya,

Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Ampunilah dosa ibu,
sekiranya ade sekelumit ibadahku yang Kau terima ya ALLAH,
ingin ku hadiahkan kepada ibuku,
jauhkanlah aku dari perbuatan yang boleh menyakiti ibuku,
jauhkanlah aku dari perkataan yang akan mengguris hati ibuku,
berikanlah aku kekuatan dan panduan ya ALLAH,
supaya aku boleh berbakti kepada ibuku
walaupun aku sudah mempunyai teman hidup ku..

khas buat ibuku : BONDA MAHANI MOHD NAWI

Terima Kasih Duhai Suami ku..

Begitu lah pengorbanan seorang suami....banyak pengorbanan yang dilakukan tampa bebelan di mulutnya....suami ku bukan sahaja menjadi seorang suami dan bapa...tapi juga kadang-kadang dia jugala memikul tugasan sebagai seorang isteri....kadang-kadang suami ku sanggup berjaga malam untuk menyediakan susu buat si anak...kalau si anak buat hal merengek mahu didodoikan...sang bapa akan bersedia bila2 masa sahaja untuk bersama si anak...sungguhpun kadang-kadang dapat kurasakan suamiku sangat terbeban dengan tugasan dan comittment di tempat kerja malah lebih lagi....tapi seboleh-bolehnya dia tidak akan berkira untuk membantuku membuat kerja-kerja rumah...jelas terpancar keikhlasan dan kasih sayang , lebih-lebih lagi di saat aku mengandungkan zurianya...saat nan indah yang x mungkin ku lupakan...semua benda nak di tolongnya...cakap pun ibarat bak selembut sutera...

Begitulah yang dilakukan setiap hari.
tiada kata seindah senyuman. tiada manis seindah kelembutan. tiada ketenangan seindah bacaan Al-Quran..

Terima Kasih suamiku. Mudahan Allah memberkati diri mu.



Bukan mudah menjadi suami,
Harus bertanggungjawab terhadap keluarga,
Ibu dan juga isteri,
membahagiakan mereka berdua,
mentaati ibu dan juga menjaga hati isteri,

Bukan mudah menjadi suami,
harus mendidik isteri dan anak anak ke jalan ALLAH,
memberi makan isteri dan anak anak dari jalan yang halal,
memperlakukan isteri dengan sabar dan ikhlas,
harus memimpin rumahtangga dengan kebijaksanaan dan ukan perasaan,

Bukan mudah menjadi suami,
jangan bermimpi beristeri ramai,
jikalau satu pun tidak mampu di jaga dan di didik dengan sempurna,
apatah lagi di tambah dengan dua atau tiga,

Begitulah sang suami,
fahamilah tanggungjawabnya,
yang diamanahkan semasa kita menjawab akad untuk seorang wanita,
fahamilah amanahnya,
yang diberikan oleh ALLAh kepada dirinya.

Thursday, October 28, 2010

Mahligai Cinta Terbina Sudah~ our big day :)

Apakah erti perkahwinan yang sebenarnya?

Pertamanya, kita perlu tahu apakah dia sebenarnya perkahwinan itu. Perkahwinan adalah satu perhubungan intim diantara dua individu(lelaki dan perempuan) yang bergelar suami dan isteri. Ia bukan setakat hanya untuk menikmati kepuasan seksual, tetapi merangkumi melakukan aktiviti harian secara bersama serta berkongsi minat, kegemaran dan kepentingan. Pasangan ini juga saling bekerjasama dalam setiap urusan keluarga ke arah hidup yang lebih sejahtera dan bermakna. Dalam islam, perkahwinan merupakan satu ikatan yang cukup indah ke arah membina sebuah institusi keluarga yang menuju matlamat mencapai rahmat dan redha allah.


Perkahwinan memberi ruang kepada pasangan untuk merasai kemesraan dan kehangatan kasih sayang, disamping saling memenuhi keperluan peribadi masing-masing secara bersama. Pasangan yang berkahwin juga dapat merasakan satu suasana komunikasi yang lebih bebas serta jelas tentang semua perkara. Perbezaan di antara mereka saling dihormati dan sentiasa wujud rundingan atau perbincangan dalam segala hal dan masalah.....


Alhamdulillah terima kasih pada mu Allah, terima ksih dengan kurniaan dan jodoh yg telah kau anugerahkan ini....akhirnya cinta yang terbina hampir 3 tahun menjadi milik kami secara kekalnya...insyaallah..pada 29/10/04 untuk pertama kalinya aku terpandang akan dirinya dan ikatan perkenalan mulalah terjalin.... bermacam dugaan dan rintangan yang kami hadapi...hampir sekali memutuskan ikatan pertunangan dek tidak tertahankan dengan pelbagai cubaan...tapi kuasa Allah swt lebih mengatasi segala-galanya...Semuanya hampir berjalan dengan smooth & sailing sekali selepas aku diijab kabul kan pada 30/3/2009 berwalikan bapaku sendiri Ayahanda tercinta Atok Jali di surau JAIS Kajang Selangor selepas Zohor...Mengambil kesepatan untuk mengabadikan Tarikh 1 April 2009 (April Fool!) sebagai simbolik tarikh persandingan...senang nak ingat kan..maklumlah nanti lagi banyak tarikh2 yang nak kene ingat..hihi...
Dan semoga cinta ini akan terus mekar dan berpanjangan ....Amin!





Saat titisan air mata...membatalkan air sembahyang....apa yang terlintas di ketika ini hanyalah syurga ku kini di bawah telapak kakinya....apakah aku sudah cukup bersedia untuk episod yang seterusnya? mudah mudahan Allah memberikan aku lebih kekuatan dan iman....














Ya Allah, aku mencintai suamiku kerana cintanya pada-Mu, Kekalkanlah cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu, dan Kekalkanlah cintaku pada-Mu agar cinta suamiku kekal bersamaku, serta bimbinglah cinta kami agar kami tidak hanyut dari landasan cinta-Mu. Amin

I did something quite nasty recently... by being blunt. I'm normally a tactful person. I mean well, trying to be respectful and all but at the same time, I feel so stressed out. So a couple of days ago I told myself enough is enough. No more being miss nice girl. I wrote everything on a piece of paper and told this person exactly what I felt. It was direct and to the point. I didn't care if that person hates me forever... but it sure felt good to finally tell someone off. I don't feel agitated anymore. I feel empowered! LOL!

For me, I would rather a person be honest with me (even though it hurts) rather than say nice things but say all kinds of nasty things behind my back. If we have issues with someone, we should face that with him/her.

CINTA TERAKHIRKU

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia


Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Semoga dirinya kekal menjadi cinta terakhirku....papa i love u so much...no word can describe our love~


Thanks to be a part of my life's


How's Married Life?

Everyone's favorite question for me right now is: "So, how's married life?" And I appreciate their genuine interest in my life. Really, I do.

And believe me, I want with all my heart to gush and tell them that it's amazing. That it's fairytale-esque. That my husband and I eat dinner together and talk about our days. That while he does the dishes, I hover in the kitchen regaling him with stories from work or class. That we settle onto the couch and I do homework on the laptop while we watch some tv or just talk. And truthfully, I believe, this is what people want to hear.

But that's simply not how it is. When I left for work this morning, I kissed my husband and told him I would see him on Monday. (It's Friday). I spend the majority of my nights alone, while he works forty-five minutes away. We go for days at a time without seeing each other at all-- because I leave for work in the morning and i'll be back at 5pm while he's working from afternoon till wee hours...by the time he's arrive i just sleep! It's only a short period to seing each others!...OMG! what a short time now days!

I don't mean to complain, but I get tired to telling people how wonderful it is because frankly, if I had to sum up marriage in one word, it would be "lonely."

This is the part where you tell me that I shouldn't bend the truth; that I should open up and tell people the reality of what marriage is like for me, at least. And sometimes, when I think they can stomach it, I do. But 99% of the time I get one of three responses:
1. Well, you should just be glad he has a job at all. (And I am. WE are. So very blessed).
2. It will get better. (Yes, I'm sure it will but right now, it is difficult).
3. One day, you'll wish he was working opposite schedules because you'll always be on each other's nerves OR "absence makes the heart grow fonder" (Thanks, but NO).
And so, I simply leave it at: "I love being married." This is truth. I do. It is hard-- harder than I could have ever imagined. But for the few days that we have spent together, it is remarkable. And if our schedules are like this until we retire, I still wouldn't trade it for the world.

Full of hope this marriage will last forever!