Our Fam

Friday, May 20, 2011

Pengorbanan meraka


Tidak dinafikan kasih sayang seorang ibu & ayah mengatasi segala-galanya, 
tidak dapat dinilai emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.

Tidak hilang di hati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak walau sesaat,
kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan atau melelapkan mata kerana teringatkan anak dan ada ketikanya air mata jatuh berlinangan kerana terlalu merindui anak-anak. 



Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa kita,


Namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung itu. 
Berdasarkan pemerhatian saya, ada anak yang sanggup membuang dan menyisih ibu bapanya.

Mereka ini sanggup meninggalkan ibu bapa di rumah kebajikan atas alasan tidak sanggup melayan kerenah ibu bapa yang semakin tua. Sunnguh tidak berperi kemanusiaan..


Ya Allah Ya Tuhanku....
Jauhilah aku dan adik-adikku dari sifat yang tidak terpelihara seperti itu.....



Alhamdullillah...sungguhpun pada ketika ini saya bergaji kecil akan tetapi saya tahu jauh disudut hati , ibu dan ayah saya pasti mampu tersenyum dengan pemberian yang tidak seberapa besar ...

sedari saya mula menikmati duit sendiri .....saya tidak pernah akan lupa untuk berkongsi dengan mereka....walau sebulan sekali pun tidak pernah saya akan lupa....
Dan saya dapat rasakan yang setiap pemberian ikhlas itu telah digandakan dengan seribu keberkatan dari Allah swt....

Alhamdullilah...ini semua berkat mak & ayah yang ajarkan agar pandai membawa diri..supaya disenangi.

Sungguhpun hanya saya dan adik kedua sahaja yang bekerja.....namun kami tidak akan sesekali melupakan jasa kedua orang tua kami....insyaalah selagi saya diizinkan mencari rezeri oleh sang suami..akan ada bahagian yang sedia terbahagi buat mereka...

Semakin kami meningkat dewasa....semakin perasaan kasih & sayang ini kian mendalam...apatah lagi setelah kami juga bergelar ibu & ayah....
Tidak lagi seperi dahulu...keluarga tetap akan menjadi keutamaan...kemana-mana akan bersama...menghiburkan hati mereka dengan telatah cucu-cucu amat membahagiakan.....




Kini mak tak perlu lagi ....
berjalan kaki menunggu bas kilang seawal jam 6 pagi...
kerana menjaga cucu-cucu sudah mencukupi....
namun mak tetap pandai bawak diri...
makan dan pakai kami tetap sedia menanti...

Buat ayah juga tak susah..
Berkerah tenaga pengambil upah..
Hati gundah tak sabar nak balik umah...
Teringatkan cucu hati nan gelisah...
Tapi hati ayah sedia menanti ... 
Pulang malam tetap dinanti...








Firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukur kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu dan kepada Aku tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)



nh.razali